background

7/30/2011

Lelaki Merajuk..Ade kew?

Zaman sekarang macam-macam kerenah manusia kita tengok. Ada yang tak bertegur sapa..ada yang died sana sini..ada yang kena tangkap (walaupun memancing,pancing pe tu ye?huhu )..dan ada yang tak kurang jugak MERAJUK..kalau wanita a.k.a perempuan boleh la dikira pakai..skit-skit majuk..skit nangeh..Faten tak cakap orang len, Faten sendiri pun camni! haha kantoikan diri skali skala bleh?huhu.

Tapi yang kehairanan ni, MAN a.k.a BOY merajuk! waahhh~ camno tu? "waner citer?" kalau orang Terengganu kabo a.k.a cakap..huhu. Adakah mereka ni golongan ANAK EMAK,ANAK IBU,ANAK MAMA or ANAK MUMMY? klu anak abah,ayah atau pun walid tak macamnikan?huhu..tapi hakikatnya memang akan ada lelaki merajuk.Betul tak?klu betul..angkat kaki! duusshh ko Faten..huhu

Mereka pun punyai perasaan dalam diri ada TAMAN..waahhh gtu~haha. So, jangan ingat lelaki ni tak ada perasaan nak merajuk..kalau u'll nak tau apa tanda-tanda LELAKI MERAJUK..turunkan scroll bawah skit..



ni Biey kite..masa ni ngah ngantuk..bukan majuk~ :p


Diam Seribu BahasaDia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.
Buat Tak Tahu
Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar. Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.
Menolak Untuk Makan Bersama
Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti “awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi” (walhal perut lapar… nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan… )

Masam MukaTindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je~lalalala (amik hanger, gantung kat muncung dia)


Baca Surat KhabarBab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta. Tak ke pelik tu..huhu
Menonton Televisyen Hingga Lewat MalamDia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain.Sometimes,tengok TV cam da tembus pandangan tu kat luar TV.Bahayakan?Kita kena peka beb~
Keluar Rumah Tanpa BeritahuAda lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je!
Matikan Telefon BimbitHah! ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia dan bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat… Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyerkan..kan?huhu
Hisap rokokMacam tak pernah dapat rokok setahun…Bagi yang merokok la..Kalau da merajuk,rokok la peneman kala sunyi..berkotak-kotak..Jangan Mati awal sudaa..karang merajuk punya pasal, tak pasal-pasal kiot~huhu

2 comments:

  1. banyak jugak tanda2 lelaki merajook kan..hehe

    kalau lelaki merajook xnak pujok leh x?ehheh

    ReplyDelete
  2. Lelaki memang dikenali dgn ego yg tinggi, so untuk menjernihkn sesebuah relationship tu,why not girl yg sememangnya mpunyai hati selembut kapas skali skala pujuk , cuba duduk berbincang dgn lelaki. Cakap baik2, mane tau, dengan pujukan itu kte dapat tahu apa yang lelaki rajukkn tu. So, dengan itu,kte akn dapat relationship yang tulus dan saling memahami each others.. :)

    ReplyDelete