background

7/18/2011

Luahan dari sanubariku..


Abaikan picture moyokku ini..



Tahun ini, semakin ramai kawan2 mahupun sanak saudaraku telah menerima cahaya mata sulung. Aku sangat eppy apabila mendengar khabar berita itu. Namun dalam sanubariku tersentuh juga, BILA AGAKNYA GILIRANKU? Walaupun usia perkahwinanku baru setahun jagung, namun dengan pertanyaan dan soalan yang bertubi2 (mcm perang plak..ahaks) aku hanya tersenyum dan menjawab " Biasala, PJJ". Alasan yang maybe dapat diterima oleh orang (agaknye la..huhu :p). PJJ,kenapa?sebab aku duk jauh ngan husband..haha sengal tol aku ni..ye la husband aku duk Terengganu,manakala aku plak kat Kelana Jaya.Balik pom klu cuti sem,tak pun hari2 yang lecturer aku malas ajar,dalam erti kata len takde klas la..hik2.

aduiyyaaa~ ntah la nak cakap camne lagikan?korang pikir camne?aku pun da tak tau camne nak terangkan lagi. Ada satu xcident ritu,yang teramatlah mengguris hati dan perasaan aku kat sorang makcik ni. Dia adalah bertanyakan kat mama tentang aku..cam biasa la,mama pun cakap x de rezeki lagi. Boleh plak dia mengutuk aku yang aku ni macam ikut cam mama. Tuk pengetahuan korang, aku ni anak tunggal. Dulu masa aku form 3 mama penah mengandung,tapi rezeki tidak menyebelahi kami sekeluarga apabila mama keguguran. Betapa sedihnye mama masa itu. Ye la, da bertahun-tahun menunggu kehadiran orang baru dalam family kami(klu ikutkan umur ak ketika itu 15 thn,jauhkn jarak kami?) tapi hilang begitu sahaja. Namun kami redha dengan dugaan tersebut. Tapi aku dapat rasakan macamna perasaan mama ketika itu,iye la hati wanita selembut kapas,mudah kecewa. Namun,dengan semangat yang abah n aku berikan,mama mula tersenyum.

Berbalik dengan makcik tadi ( x habis2), sesuka hati dia je nak kutuk aku. Boleh plak mengata aku yang aku ni mengikut mama.Apa jenis manusia la camni.Kecian mama, x pasal2 dapat tuduhan camtu.Bukan apa dia tu sebenarnya nak bagitahu yang anak dia da mengandung.Ye la,anak dia kawen pom seminggu selepas aku kawen.so macam nak berlawan la. Tapi aku x kisah, sebab aku tahu bahawa rezeki itu akan ada juga suatu hari nanti,Insyaallah..SABAR saje la buat setakat ini. Hanya iringan doa yang selalu aku pohon agar suatu hari nanti, IMPIAN dan HARAPAN akan menjadi REALITI suatu hari nanti,amin..

So, buat kawan2ku sekalian, cuba la berfikiran positive. Jangan mudah membuat andaian macam2 tentang seseorang yang belum mempunyai cahaya mata. Mungkin,rezeki mereka belum sampai untuk menimang cahaya mata, namun rezeki mereka mungkin ditetapkan untuk lain. Harap korang jagalah perasaan mereka,bukan apa,siapa tidak mahukan ANAK. Anak merupakan pelengkap hidup sebuah rumahtangga dan mengeratkan lagi ikatan suami dan isteri. Mereka (yg belum de anak) bukan tidak berusaha,namun rezeki..rezeki dear~

However,kita mestilah memberi dorongan dan memberi nasihat positive. Jangan menDOWNkan perasaan mereka. Mereka juga mempunyai perasaan seperti korang..

2 comments:

  1. InsyaAllah.. rezeki 2 ade je kak.. sabau ye.. lambat dgn cepat je... hmm.. smoga cepat2 kak dpt timang baby ye... hanya pada Dia kte mmohon.. Amin... ^^

    ReplyDelete