background

7/19/2011

Tips Temuduga in bussiness communication 2 class

Hari ini kelas yang sungguh memenatkan. Almaklumla kelas tuk hari ini full!! (sabor je la). Start kol 8:30-11:30 am tuk klas Sir Zulkifli yang mengajar kitorang subject Communication & Ethics,tapi Faten x pergi pom (malas punye pasal,pangg skali tuk i,ahaks2 ).Jangan jadi cam Faten tau..huhu.Rini je,bukan pe,saje nak bagi nampak lawa skit kat attndance list yang de bulatnye :p Pastu continue plak petangnye tuk subject Bussiness Communication 2 atau ringkasannye B.Com2 yang diajar oleh sweet lecturer Madam Tara Ooi..Today, madam mengajar cara-cara tuk menghadapi temuduga. Mula2 memang xcited gle~ ye la,dengan berpandukan tips yang dye bagi memang berguna tuk Faten n korang ble nak keje nanti,betul x?klu betul, say yeyyy~!! ahaks :p

Klu kte tengok lam newspaper,saban hari..setiap hari ada saje kerja kosong yang diiklankan.Setiap hari beribu calon fresh mahupun x berapa fresh graduated menghadiri temuduga..
Tapi bukan semua ditawarkan kerja. Kenapa ye? Haa...sebab tidak cukup kalau resume korang saja yang MABELES n TIP TOP, korang juga perlu membuat persediaan untuk temuduga..

ok la..untuk melengahkan masa lagi (macam la panjang sangat aku taip,huhu)..jom kte tengok camne tips temuduga tu ye..

Perkara yang perlu anda tahu !!
  • Hampir semua temuduga untuk sektor swasta di Malaysia dijalankan dalam Bahasa Inggeris, bukan Bahasa Melayu. Anda tak perlu menggunakan slang mat saleh semata - mata hendak menarik perhatian. Kekalkan gaya percakapan yang biasa. You do not have to speak the Queen's English to get a job.
     
  • Gunakan bahasa yang sama dengan penemuduga. Kalau penemuduga berbahasa Melayu, jangan nak tunjuk pandai dengan menjawab dalam Bahasa Inggeris, dan sebaliknya. Begitu juga dengan dengan penggunaan bahasa yang konsisten. Jangan kejap Bahasa Melayu kejap Bahasa Inggeris. Kalah rojak mamak (macam website i ni. ahaks2 :p )
     
  • Samada untuk penulisan resume atau semasa temuduga, pastikan bahawa Bahasa Inggeris yang anda gunakan adalah ditahap yang boleh diterima (acceptable level). Sekiranya Bahasa Inggeris anda tidak berapa lancar, berlatih dari sekarang. 

    Korang boleh :

    1. Menonton filem Inggeris (dengan nawaitu nak belajar bahasa Inggeris la)
    2. Membaca secara lantang artikel dalam Bahasa Inggeris setiap hari untuk membantu kelancaran sebutan. Pilihlah artikel yang menarik minat korang seperti gosip, sukan, hiburan dan sebagainya supaya korang lebih menumpukan perhatian. Janganlah baca majalah Playboy plak. Menambah dosa je,ahaks :p
    3. Berlatih bertutur dalam Bahasa Inggeris setiap kali ada kesempatan. Jangan hiraukan kalau rakan - rakan mengejek. Jangan hiraukan jika orang kata korang nak menunjuk-nunjuk. Bukan mereka yang menjaga periuk nasi korang.
     
  • Temuduga adalah masa untuk menampilkan diri korang dan mencungkil dengan lebih lanjut tentang syarikat dan kerja yang korang pohon. Ini juga adalah masa untuk majikan untuk menilai korang dan kesuaian korang untuk jawatan tersebut. Be yourself. Tak payah berlagak macho (lelaki) atau beraksi manja (perempuan). Atau sebaliknya. kuang kuang kuang…tekkkk!!
     
  • Bayangkan diri korang sebagai seorang tetamu. Tunggu sehingga penemuduga menghulurkan tangan untuk berjabat. Tunggu sehingga korang disuruh duduk. Tapi jangan x lepas plak tangan tu..ahaks~
     
  • Dengar dengan teliti kepada penemuduga. Mudah untuk korang menjawab soalannya kelak. Jangan pulak biarkan fikiran korang menerawang jauh sampai ke Paris.(waahh..ble agaknye leh g ye..)
     
  • Jangan cakap berterabur. Susun ayat korang. Sebut dengan jelas. Penemuduga hendak melihat kebolehan korang untuk mempersembahkan diri serta idea korang dengan baik. Kajian menunjukkan bahawa pembaca Al-Qur'an mempunyai sebutan yang jelas dan intonasi yang baik. Tu la... Al-Qur'an malas nak sentuh. Berabuk kat dalam almari.Wat hiasan plak tu..ish2..x patut..x patut..
     
  • Semasa persediaan untuk temuduga, pastikan korang ada membuat homework tentang jenis  soalan temuduga yang mungkin dikemukakan. Ala... macam buat homework masa nak nikah dulu. Beriya - iya hafal rukun islam, rukun nikah, mandi wajib…bla..bla..bla..
     
  • Cara korang menjawab soalan akan menunjukkan kebolehan korang untuk berkomunikasi dengan baik. Hadkan kepada menjawab soalan yang ditanya sahaja, supaya anda tidak off-topic.
     
  • Bersedia untuk menerangkan bagaimana korang menangani sesuatu situasi atau masalah yang mungkin akan korang hadapi semasa bertugas.
     
  • Jangan bertanya pasal gaji (basic salary) sehingga penemuduga berbuat demikian.
     
  • Jangan mengulangi soalan yang telah pun terjawab semasa temuduga. Nanti x pasal2 plak si penemuduga bosan ngan korang..ye la, cam x de idea len nak jawab..betul x? 


    So..Fikir-fikirkan la..
    GOOD LUCK~







No comments:

Post a Comment