background

8/18/2011

Kalau mata asyik berkelip..pe maknanye?

Mata berkelip, mesti korang semua pernah merasainyakan? Tipula klu tak pernah. Ye la memang mata berkelip tu bukan disengajakan oleh kita nak buatkan. Karang tak pasal-pasal kena penumbuk kung fu Jet Lee..hak2. Faten masih ingat lagi orang dulu-dulu cakap la..kalau mata kanan kita berkelip maknanya akan dapat berita baik. Manakala kalau berkelip sebelah kiri plak akan dapat berita buruk..DAN kalau dua-dua mata berkelip plak,pe maknanye? itu GATAL a.k.a GEWDIX namenye..huhu. Tak pun perasan cun ( biasa girl je wat camtu, klu boy wat camtu.faten lari..haha )

Bagi Faten sendiri pernah mengalami mata berkelip sebelah kiri..huh~ memang masa itu seminggu mata kiri berkelip sebelah..sampaikan faten suh kawan kat tempat kerja (dlu kje skjap bfor continue study) tengokkan mata ni..betul ke berkelip.Hendap punye hendap SAH!! memang berkelip. Ingatkan satu hari je tapi seminggu! macam-macam dalam fikiran ni pikir.Pe yang akan berlaku ek?Nak pendekkan cerita, perkara yang ditunggu-tunggu akhirnya terjawablah..Faten clash ngan muh bf..memang masa tu,teruk nangeh,ye la..3 tahun relationship.Reason yang tak munasabah diberikan walaupun bukti-bukti kukuh Faten ada tidak dihiraukannye..Papepun tu hanyalah cerita lama,dan sekarang pun Faten bersyukur kerana dikurniakan seorang lelaki yang benar-benar memahami dan menyanyangi diri ini..yeyyy~!

For da second story, perkara ni berlaku 2 minggu lepas. Masa tu Faten masih ada kat Kelana Jaya. Time nak exam plak tu. nak study pun susah mata duk berkelip-kelip. Belah kiri jugak tu..adoi yaa..asyik dapat berita sedih je..berita senang tak de plak..dalam mimpi je berita eppy..hihi..dusshh!merapu je Faten ni..continue balik..camni citenye..Hari pertama mata berkelip tu memang berdebar dah..ye la, dari pagi sampai malam duk berkelip je,sampai jawab exam pun dalam mata berkelip,sampai macam-macam cara Faten wat kat mata kiri,cian mata kiri..asyik kena tonyoh je..tu la sape suh kelip lagi..huhu

Perkara ni berlarutan empat hari sampaila Faten balik ke kampung..Faten bagitaula mama(cam biasa ganuz loghat :p

Faten : "Ma,mate ni sokmo kelik,dari aritu g..dok cakak nok tonyoh, nasek baek doh tubik mate ni..ada piye-piye sakit dok?ke ade orang nok mati?"

Mama : "hissshh! molek ngat kate gtu,mikir teh,dok soh mikir-mikir gtu, ngaruk je..dok soh caye ngat bender gitu! " dengan marahnye mama kat Faten..

eh korang faham tak?hihi...meh nak translate semula..cian korang, tak pasal-pasal kena blaja bahasa terengganu..hihi


Faten : " Ma, mata ni selalu berkelip, dari hari tu lagi, asyik garu, nasib baik tak keluar mata ni..ada siapa-siapa yang sakit tak?ke ada orang nak meninggal?"

Mama : " hissshh! Tak baik cakap camtu, fikir camtu, jangan fikir camtu, mengarut je..jangan percaya sangat perkara begitu!"

hah~kan da kena marah..pape pun Faten wat derk a.k.a tak tau je..biarkan mata kiri ini berkelip..pe yang Faten fikir sekarang, lepas lama berkelip, berhenti la tu..hihi. Namun selepas empat hari berkelip, masuk hari ke lima iaitu tanggal 11 Ogos 2011, jam 1130 pagi, family Faten menerima berita yang sangat sedih apabila kehilangan seorang ahli keluarga iaitu suami sepupu Faten iaitu Abang Cha yang telah pergi meninggalkan kami..Pemergian arwah sungguh terasa apabila mengimbas kembali kebaikan yang arwah berikan..arwah merupakan seorang yang sangat peramah dan ringan tulang dalam keluarga. Apa-apa pertolongan yang kami perlukan, arwahlah orang yang pertama datang menolong. Arwah meninggalkan seorang isteri dan 3 orang anak lelaki yang masih kecil. Pemergian arwah hanya kerana sesak nafas..Ari ini sudah seminggu arwah meninggalkan dunia..Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan golongan orang-orang yang beriman..amin..Al-Fatihah...

Okla..namo sedey-sedey..berbalik pada perkara berkelip mata tu..Jangan mudah percaya perkara kurafat camni..kadang-kadang perkara yang berlaku itu mungkin hanyalah secara kebetulan..hanya kepadaNYA kita berserah..Pape pun Faten nak kongsi kat korang tentang tanda jika anggota tubuh bergerak. hah! Faten kongsi kat bawah ni. Tapi Faten nak pesan awal-awal..JANGAN PERCAYA SERATUS PERATUS..
ini semua hanyalah sekadar ilmu pembacaan korang je..


Alamat Pergerakan Tubuh
  • Kelopak mata kanan bergerak – beroleh keamanan.
  • Kelopak mata kiri bergerak – melihat perempuan
  • Kelopak mata kiri bergerak dari atas – ada orang akan berjalan jauh.
  • Kelopak mata kiri dibawah bergerak – hendak menangis.
  • Biji mata kanan bergerak-gerak – akan menangis dalam bercinta.
  • Biji mata kiri bergerak-gerak – gembira di hati.
  • Ekor mata kanan bergerak – menerima kedatangan orang jauh.
  • Ekor mata kiri bergerak-gerak – mendapat sedikit kepayahan.
  • Umbun bergerak – berbahagia pada hari tersebut.
  • Kening kiri bergerak-gerak – beroleh kelapangan.
  • Bibir bawah bergerak – akan menangis.
  • Waktu subuh kepala kita bergerak – beroleh kerja yang baik.
  • Siku kanan bergerak-gerak – beroleh kebahagiaan.
  • Siku kiri bergerak-gerak – orang yang mengasihi kita akan datang.
  • Kepala bergerak – ada orang menyakiti hati kita.
  • Kepala bergerak ke kiri – beroleh kebesaran.
  • Pelipis telinga bergerak – alami kebahagiaan.
  • Telinga bergerak – akan berkelahi.
  • Pipi kanan bergerak-gerak – alamat sakit mata.
  • Pipi kiri bergerak-gerak – sentiasa bahagia.
  • Bahu kanan bergerak-gerak – harta hendak datang.
  • Bahu kiri bergerah-gerak – bakal berjumpa pembesar/ketua.
  • Lengan kanan bergerak-gerak – akan sakit kepala.
  • Lengan kiri bergerak-gerak – beroleh harta.

Ingat ek pesan Faten, jangan percaya bulat-bulat dengan firasat kat atas tu ek..Yang penting yakin dengan ketentuan yang dah ditetapkan.

No comments:

Post a Comment