background

4/20/2012

5 Tips bagaimana untuk meningkatkan motivasi diri


 


ANDA boleh meningkat atau merendahkan motivasi diri. Pilihan itu sebenarnya terletak di tangan anda. Apakala anda berhadapan dengan konflik pilihan biasanya inilah yang akan menjatuhkan motivasi diri. Berikut saya perturunkan lima tips penting bagaimana meningkatkan keyakinan dan motivasi diri anda ke tahap yang tinggi!
Sila baca dan selamat mengaplikasikan sebahagian atau lebih baik lagi kesemuanya..

|| Jangan Peduli Anda Siapa ||
Selalunya ia bermula dengan tanggapan seperti ini:
* ‘saya rasa kurang bersemangatlah’
* ‘saya bukannya orang yang bijak’
* ‘saya tidak yakinlah dengan diri sendiri’
* ‘bolehkah saya lakukannya?’
* ‘bolehkah saya menjadi antara 10 orang blogger terbaik di Malaysia?’
* ‘bolehkah saya lulus peperiksaan dengan cemerlang?’

Malangnya, anda akan mulai percaya pada tanggapan-tanggapan anda terhadap diri sendiri ini. Seolah ianya suatu yang mutlak dan wajib diikuti. Akhirnya kepercayaan-kepercayaan negatif ini akan bertukar menjadi sebahagian daripada sistem badan dan bertukar menjadi bahagian diri anda.
Jangan berikan peluang dan ruang diri anda untuk mendengar kata-kata negative diri anda ini. Setiap kali mendengarnya, segera padamkan daripada ingatan. Jangan percayakannya sama sekali.
Cubalah belajar mempunyai sedikit keyakinan tentang apa yang anda sedang dan akan lakukan pada masa depan. Tiada masalah kalau anda gagal. Setiap orang pernah merasainya. Kegagalan bukannya sesuatu yang buruk. Ia adalah siri pengajaran yang bagus sekali. Anda akan ingat kesilapan yang menggagalkan anda itu sampai mati. Secara peribadi saya sukakan kegagalan. Ia banyak mengajar saya untuk menjadi lebih baik.
Apa yang paling penting ialah setiap kali anda gagal melakukan sesuatu, anda berdiri semula. Buang habuk-habuk kekecewaan. Tinggalkan rasa sedih. Kumpulkan semula motivasi diri anda dan ulang sekali lagi. Sangat mustahak supaya anda jangan mencaci atau perkecilkan diri anda atas kegagalan itu tadi.

|| Berhati-Hati Membuat Pilihan ||
Pada setiap masa, otak kita menawarkan dua atau lebih pilihan (kecuali kes-kes tertentu yang jarang berlaku). Pilihan di dalam otak itu misalnya sama ada anda mahu melakukan sesuatu kerja itu sehingga berjaya atau satu lagi pilihan yakni tidak melakukan kerja itu langsung kerana mungkin anda gagal. Jadi sentiasalah pilih bahagian otak yang percaya pada diri anda, yang mengambilberat kejayaan anda dan yang memaksa anda menjadi orang yang anda cuba jadi.

|| Pertahankan Apa Yang Anda Sukai ||
Tiada yang lebih bererti dalam kehidupan ini selain daripada melakukan atau menyiapkan sesuatu yang paling kita sukai. Ada orang memanggilnya ‘minat’, sementara yang lain menggelarnya sebagai ‘sebab’.
Sebab, alasan, hobi, minat atau apa saja anda panggil itu sebenarnya merupakan sumber motivasi yang kuat. Ia tidak pernah kering atau habis. Ia akan berterusan mengalirkan motivasi kepada anda selagi mana anda pertahankan kesukaan anda itu. Bahkan adakalanya sumber ini mampu memotivasikan seseorang melakukan sesuatu yang luarbiasa atau kejayaan besar yang sukar dicapai oleh orang lain.

|| Berimpian Tinggi ||
Impikan seuatu yang besar. Ini akan menghasilkan inspirasi. Inspirasi pula akan membuat seseorang bekerja keras dengan minat yang cukup mendalam. Cuba fikirkan: “Apa akan berlaku kepada seseorang yang tidak mempunyai sebarang impian?”. Jawapannya – tiada apa-apa. Contohnya, jika tiada medal Olimpik dan tiada ratusan atlet handal lain yang bertarung mendapatkannya maka tiadalah seseorang yang dipanggil ‘Juara Olimpik’ itu.
Kalau anda tidak berimpian tinggi, anda akan kekal berimpian rendah. Anda akan menjadi orang biasa yang serupa saja dengan orang lain. Tiada semangat. Tiada tujuan. Tiada apa-apa.
Apa yang paling kita takuti bukannya..
“Seseorang yang berimpian tinggi dan gagal mencapainya, TETAPI seseorang yang berimpin rendah dan berjaya mencapainya!”

|| Bersaing Dengan Diri Sendiri ||
Bersaing dengan orang lain memang bagus, tetapi kerap kali ini jugalah penyebab utama yang akan memusnahkan motivasi diri anda. Manakan tidak, kalau anda akan membanding-bandingkan diri anda dengan orang lain setiap kali. Bersainglah dengan diri sendiri. Oh..ya, mungkin anda masih ingat pepatah lama Inggeris yang menyebut ‘you are your worst enemy’. Jadi jangan pandang rendah pada diri anda sendiri. Sebelum mengalahkan orang lain, kalahkan diri anda dahulu! Baharulah hebat namanya.

Bagaimanapun jika anda mahu lebih meningkatkan motivasi diri ke tahap yang lebih tinggi, rajin-rajinkanlah diri membaca artikel, buku mahupun menonton video-video daripada pakar motivasi seperti Dato’ Fadzilah Kamsah, Dr. HM Tuah Iskandar dan lain-lain. Mendapatkan eBook motivasi secara online juga tidak ada salahnya misalnya eBook ‘Melahirkan Superhero Dalam Diri Anda’ ini. Harganya pula cukup-cukup murah.. 

Diharap anda beroleh sedikit manfaat dan terima kasih kerana membaca post ini.









No comments:

Post a Comment