background

10/15/2012

LELAKI BUJANG vs LELAKI TAK BUJANG


Jeng jeng ...  Sapa lelaki bujang ? Dan lelaki tak bujang tu camana ? Sukar nak bezakan .. Tapi yang pasti lelaki tak bujang tu lebih 'berseri' dari lelaki bujang .. Betul tak ?

Lelaki yang tak bujang terutamanya yang dah berkahwin ini lebih menarik penampilannya walaupun sekadar berseluar pendek !!! Pelik tapi itulah hakikatnya yang perlu diterima oleh lelaki lelaki bujang ...

Lelaki yang sudah berpunya ini , maksudnya dah bernikah secara halal ( bukan di Siam ) , mempunyai aura kematangan dari sudut fizikal terutamanya muka .. Tu belum lagi badan .. Ada yang kata lelaki dah kawin dan boroi ini comel ! Bayangkan laaa.. 'comel mengatasi kacak ! ' ... Camana tu  ??

Selera wanita ni mmg macam macam tapi yang pasti mereka mengemari yang comel dan bukannya kacak ! Mereka takut akan lelaki kacak ni terutamanya yang bujang bujang ( maaf la yer ) kerana khuatir akan mengumpul sebanyak mungkin kekasih padahal itu adalah cerita dongeng zaman romeo n juliet dulu .. Tidak ada lagi sekarang !

Faktor paling ketara ialah , lelaki bujang ni , bab komunikasi mmg hancus.. Lebur.. berdebu ! Tetapi lelaki yang dah kawin ni , bila berbicara , tersenyum selalu !! Mana laaa anak dara tak cair !!  Sapa sokong ??? Aku tau.. ramai sokong ..

Masalah berlarutan.. Bila lelaki bujang kurang lagi menjadi pilihan anak dara maka mereka mengalihkan pandangan ke isteri orang ! Ini mmg masalah dunia .. Sudah salah disisi undang undang malah dalam agama sendiri mengharamkan semua ini ! Awas ! Syaitan sedang membisik telinga  dan hati anda !! Bawak beristighfar !!

Apa yang perlu lelaki bujang buat ialah , " bangun dari  tidur !! " .. Anda bujang ! Anda kacak ! tapi anda tak comel !! Haaa.. Jadi la kacak dan comel .. Camana tu ?? Buang ego anda itu.. jadilah lelaki yang senantiasa mesra alam bila berkomunikasi dengan wanita ..
Sapa sokong ? Tak sokong ?? huh.. baru pakat nak open table !



sumber : BenAsaari

1 comment:

  1. nice day :)
    Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
    pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
    Jadilah seperti yang kamu inginkan,
    karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
    dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
    yang ingin kamu lakukan

    http://www.nolimitadventure.com/

    ReplyDelete